PAMERAN LUKISAN
Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Oleh kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.
Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.
Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.
Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.
Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.
Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.
Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai ke satu sudut.
Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.
Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri... Itu kan cermin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan